Wednesday, February 27, 2013

Kisah Pernikahan Insan Kerdil..


Hm..telah lama aku ingin menulis..tapi belum smpai wktu agaknya..kerana biasanya aku hnya akan menulis d sebuah buku oren yg ku beli bersama kak nurul shbt baikku yg juga ku anggap seperti kakak sndiri sewaktu outing d Pahang..
Ku mulakan penulisan ku tentang hari bersejarah yg penuh makna buat ku.. orang kata “raja sehari”.. ahh.. tidak peduli, aku raja atau tidak penghambaanku pdNya adalah lebih penting..



Ujian yg datang mengolak jiwa.. “knpa atok bgtu??” aku brtnya kpd ibuku dgn pnuh hampa dgn kptsn yg di ubah slps smuanya d persetujui.. “entahla atokmu tu… susah jga mau d lawan ckpnya..” ibu ku mnjawab sambil menundukkn kepalanya lalu beralih pergi kerna suda jemu memujuk atok utk tdk mengubah kpstnnya..tapi malangnya atok tetap dgn kata2nya.. “aku mahu dia nikah ada pelamin, ada keramaian, bunyi2, menari2..tidak ada keturunan kita bgtu nikah d masjid..” hati ku trguris teringatkan slps ibu menceritakn pada ku.. masyarakat di sini masih kekal mengamalkn adat istiadat di kampong.. manakala bagi ku pula..adat2 yg sllu d amalkan banyaknya hnya meyusakan shja.. tapi jikalau betul2 mgikut ajaran islam semua sangat mudah…. 


Tapi ku redakan hati, fikirku, ialah..atok tdk faham dgn prinsip2 islam..apatah lagi dalam menerapkan islam dlm kehidupan..aku trpaksa akur… padahal hatiku sangat memberontak dengan kptsnnya..sedih..meyelubungi hatiku..kerna aku menginginkan pernikahan ku penuh dgn rahmat dgn rdhaNYA tnpa bercampu prkara2 yg halal dan haram.. aku menyepikan diri..menenangkn fikiran…


Di hari yg ku tunggu2…
Di saat ini, ujian terhadap kesabaran ku mendadak tinggi…
Keputusan atok telah pn dilaksanakan, pelamin, telah siap d pasang, nasib la aku yg memilihnya, kerna tidak Nampak terlalu berlebih lebihan… cukupla utk ku mgambil potret kenangan bersamanya serta kluarga dn shbt2 yg lain.. setelah pelamin siap d pasang, hati ku berdebar2..apalah akan terjadi keesokknya…
Aku berlegar-lengar d ruang biliku...kerna tidak di benarkan membuat kerja2, “raja sehari” perkataan tu ke dengar lagi.. terpksa akur.. tibalah 1 saat, dimana tiba2 adik sepupuku datang memberi tahu ku..
“adik… atok mau panggil band!! Nanti mesti ada main judi!!!”
Aku terkejut..kerna perkara itulah yg sangat2 aku tidak inginkan d mjls pernikahanku..ku amat takut..keredhaaNya akan pudar, malah kemurkaanNya yg akan datang..."knpa bgtu...?atok ckp dulu nda perlu lah..tapi knpa skg dia ckp lain..??” kesabaran ku diuji.. “cukupla dgn kptsn yg lain tu…aku meguncikan diri di bilik..menagis,sedih,kecewa.. knpa mereka bgtu…. Knpa..knpa.. air mata deras mengalir… kerna ku tahu, dgn kehadiran band yg kebiasaannya d lakukan di kmpung.. tapi aku adalah generasi yg ingin mengangkat martabat islam..yg ingin megembalikan syiarnya.. 




bukan hnya semata2 dgn kebiasaan yg sbnrnya salah d sisi agama tapi di pandang enteng terutamanya bila perut wanita itu berisi baru kalang kabut utk dikahwinkan..(terus terang dikatakn perkara ni sgt bnyk berlaku, seperti perkara biasa) ..sedih memikirkan nya…apa nak jd dgn generasi akan dtg kalau perkara itu di pandang enteng, sedangkan pekara yg benar lg baik di sisiNya sangat pelik dan janggal dimata mereka.. inilah yg ingin ku lakukan..agar org2 kmpg mmbuka mata, berfikir..lakuakn anjakan paradigma..wlpn hnya dgn sekecil perkara.. manakala perkara yg tdk sihat sbgtu tdk spttnya berterusan.. kita generasi msa hadapan, patut membanteras,mghalang,meberhentikan perkara haram tapi jd kebiasaan...wlpn aku di pandang sinis, dgn kutukan2,kejian, ahh.. kata2 mu tdk sedikit mmbuat ku gusar utk meneruskn pernikahan ku.. agar generasi ku akan datang, tahu yang pernikahan sahaja lah yg menghalalkn hbgn percintaan,kasih syg antara adam dn hawa dan aku telah memecahkan tradisi keluarga ku yg tidak pernah menjalankan pernikahan d masjid, dgn mjls yg sederhana..kerna kluargaku org2 yg dikenali ramai.. aku menangis..menangis dan menagis..sehingga aku melelapkan mata..




Aku disedarkan oleh kaka sepupuku.. aku tahu yg mataku bengkak, kerna terlalu menangis sehingga terlelap.. “knpa matamu bengkak?kau menagis ka?..tnyanya smbil megusap kpla ku.. aku tunduk dgn brkata “tiadala kak, sedih ckt ja..” “em..sudahla..cepat cuci muka.. besiap la, nda lama mau p msjd suda ni..” dia memujukku, lalu aku trsnyum.. akur dgn arahannya..
Ujian demi ujian d waktu2 emas…
“dudukla sni, aku c mekap kau”kata kak sepupuku “alahai…mekap?ndamau… bedak ckt2 mau la” hati ku bermonolog..
Tapi aku tidak mahu mengecilkan hatinya..dari jauh datang dengan kelengkapan mekap yg aku x tahu nama2nya.. “em..boleh kak, tapi jgn tebal betul ya..ckt2 ja..he”kataku dengan harapan dia berbuat sedemikian.. 
Setelah beberapa minit..
“Mcm tebal ja bedak ni…”hatiku berbisik.. melihat dia khusyuk merata2kn bedak d muka ku.. “lepas d c mekap ni, kau nda boleh tgk cermin..nanti seri muka hilang….”katanya sambil menyusun brg2 mekapnya yg bertaburan..
“Ya Allah..mcm mana la ni… nda boleh tgk cermin??”..tapi seriously aku tdk pcya gn smua tu..he
Siap shja aku dimekapkn, aku melihat cermin.. “ya Allah..ini bukan aku ni…” terkejut melihat warna2 di muka yg mnjadikan muka ku kelihatan sangat pelik.. aku myambar tisu, lalu ku lap kn seluruh muka.. “ha..baru lega.. tapi bgtu masih tdk selesa kelihatan bgtu.. sbr jala.. pujuk diriku..
Tibala waktu utk bertolak ke msjd.. aku sudah menaiki kereta ayah..tp keadaan d ruma kecoh, kerna atok tdk mahu sama2 ke msjd… air mata dpt ku tahan..ku biarkan shja..kerna aku telah agak itu akan berlaku..

Disaat lafaz sakinah… hati berdebar2, tdk pernah segusar bgtu.. rasanya ingin pitam shja..kerna aku menjadi watak utama dlm msjd, kerna semunya memandangku.. aku cuba buat selamba.. tiba2 mata ku beralih pandangan dgn melihat kelakuan adik ku yg comel..ijam… dia berabis megejek2 ku, dgn mmbuat muka2 yg lucu tapi comel.. he..aku xtahan utk ketawa.. shngga la hbs akad yg dilafazkn aku msh menahan ketawa melihatnya.. hujan semakin lebat ketika itu… ini la rahmatNYA..hati berbisik.. ku tenangkn hati…melihat ke kiri dn kanan..
Suara suami ku tdk kedengaran di sebabkn hujan lebat.. yg aku tahu, lafaz yg pertama salah dan dia perlu mengulanginya.. setelah itu kedengaran saksi2 tu berkata “sah2..sah..”
Tiba2 timbul satu perasaan yg sgt lain, dn tiba2 pula aku teringat..”berapalah pointerku ni sem ni..”aku bermonolg lagi.. ku lihat dia tersenyum..ku sambut senyuman itu..tapi trus ku alih kn pandangan..tesipu malu… 

Alhamdulillah…

Saturday, January 30, 2010

Dengan Siapa Kamu Duduk ?


>Sesiapa yang duduk dengan lapan jenis manusia, akan ditambah oleh Allah baginya lapan corak hidup:

1. Sesiapa yang suka duduk bersama orang kaya, Allah akan menambah dalam diri orang itu kecintaan dan keinginannya kepada dunia dan kepadanya.

2. Sesiapa yang suka duduk bersama orang miskin, Allah akan jadikan baginya suka bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.

3. Sesiapa suka duduk dengan pemerintah ( yang zalim ) akan ditambah oleh Allah sifat kasar dan sombong.

4. Sesiapa yang suka duduk dengan perempuan, akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.

5. Sesiapa yang suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kegemaran bermain-main dan bersenda gurau.

6. Sesiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

7. Sesiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.

8. Sesiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya...
Wallahu a’lam.

Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.

Tuesday, January 12, 2010

kesilapan muslimah dalam menutup aurat

Wahai muslimah jangan kita tunjuk kejahilan kita tentang menutup aurat... jangan biarkan mahkota(aurat) kita tercemar dgn mudah..ingatlah sebaik-baik perhiasan dunia ialah WANITA SOLEHAH.

Antara kesilapan menutup aurat muslimah pada zaman ini ialah:

Kesalahan pertama:
Aurat itu adalah hanya memakai tudung sahaja.
Tetapi tidak kah kita sedar wahai muslimah kaki juga adalah sebahagian daripada aurat.

Firman ALLAH:
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya,dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” –Surah al-Nur:31

Firman ini bukan hanya ditujukan pada wanita-wanita yang yang selalu sujud padaNya, yang mahu berjihad dijalanNya, yang bersuara merdu mengalunkan kitabNya tetapi pada semua wanita yang beragama islam hingga kiamat!

Kesalahan kedua:
Bertudung tetapi memakai baju lengan pendek! Tanpa menggunakan sarung lengan.

Kesalahan ketiga:
Bertudung tetapi kain bajunya terbelah dan menampakkan betis.

Kesalahan keempat:
Bertudung tetapi bajunya sendat, ketat dan nipis.

Kesalahan kelima:
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan rambut hadapan atau jambul dan hujung rambutnya.

Kesalahan Keenam:
Bertudung tetapi hanya memakainya di sekolah atau di tempat kerja sahaja. Tidak disekitar rumah, pasar raya dan sebagainya.

Kesalahan ketujuh:
Bertudung tetapi tudungnya dilemparkan ke belakang leher,maka terdedahlah dadanya.

Kesalahan kelapan:
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat pendek, nipis dan tidak memakai anak tudung sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dada serta telinga.

Rasululah bersabda: “Ada dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang, (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang ,yang cenderungkan kepada perbuatan maksiat,dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian” –Riwayat Muslim

Antara perhiasan wanita yang termasuk dalam aurat ialah:

Perhiasan telinga ialah anting-anting
Perhiasan rambut ialah sanggul
Perhiasan leher ialah rantai
Perhiasan dada ialah belahan dadanya
Perhiasan kaki ialah betis dan gelang kaki.

Memanglah perubahan pada diri tu tak perlu terlalu drastic kerana ia memerlukan hati yang ikhlas serta niat yang betul kerana Allah..
Contohnya wanita-wanita yang baru sahaja terbuka hatinya, walaupun begitu perlulah sedar perkara wajib tu hendaklah diutamakan,seperti menutup aurat sebetul-betulnya berdasarkan apa yang telah digariskan dalam agama.

Jadi tidak wajar lagi kita persoalkan cara pemakaian bagi muslimah yang sebenarnya banyak memberi manfaat kepada diri seseorang tersebut, dan ingatlah agama Islam itu cukup mudah, sempurna dan mencakupi segalanya, Cuma ia nampak berat, kurang dan membebankan adalah kerana umatnya sendiri.. walaubagaimana pun akal yang dikurniakan sebenarnya untuk kita berfikir,sedar dan perbetulkan kesilapan, memperbaiki kekurangan dan mengatasi kelemahan dalam membawa agama itu sendiri dalam hidup..dan ketahuilah akal kita adalah sebahagian daripada wahyu ALLAH.

Salahkah couple sebelum nikah???

-->

SALAH...coz
Couple menghampiri zina
Zina dilaknat oleh ALLAH
Tidak tertulis dalam sunnah
Hukumnya haram dsisi ALLAH

SALAH...coz
Couple xberi manfaat
Buang duit, buang masa
Berleluasa la maksiat
Jatuh maruah baru rasa

SALAH..coz
Mula2 duk chatting
Lama2 kluar dating
Tup2 dah bunting
Makbapa naik runsing

SALAH..coz
Rindu rasa bila xbsua
Bila dah besua dduk bedua
Syaitan durjana hapy gila
Xingt mlaikat yg mjga

SALAH..coz
Asyk duk berangan
Bgayut smpai tgh malam
Monyet tgk pn bengang
Smua diluar lumrah alam

SALAH...coz
Bhgia hnya smntra
Kjp lg Break 2 3 hari
Alasan taraf xsetara
Pdhl saja nk lari
SALAH..coz

Cinta untuk ALLAH
Cinta untuk Rasul
Cinta untuk ibubapa
Cinta untuk insn yg bgelar
Suami dan isteri..